Perjanjian keselamatan Bersatu untuk perjalanan lebih selamat

Lebih baik jika semua pihak bersetuju mengutamakan keselamatan

Oleh itu, kami menamakan laman ini pakatan keselamatan kami - pakatan 3-sisi antara penumpang, pemandu, dan inDrive, untuk menanggung tanggungjawab bersama bagi setiap perjalanan

«Bagi inDrive, keselamatan pengguna sama penting seperti memastikan perniagaan berjalan dengan adil dan saksama bagi semua pihak»

Sudut inDrive

Kami berusaha memastikan setiap pilihan yang tersedia untuk anda adalah selamat dan terlindung

Pilih pemandu atau penumpang anda

Dengan inDrive, penumpang sentiasa dapat memilih pemandu mereka. Mereka boleh menyemak penarafan pemandu, model kereta, dan sejarah perjalanan, semuanya sebelum menerima tawaran. Begitupun sebaliknya: pemandu bebas memilih penumpang berdasarkan profil, laluan dan tawaran harga

Pengesahan pemandu

Pengesahan dokumen dan gambar diwajibkan bagi setiap pemandu. Jika pemandu atau kenderaan tidak padan dengan profil dalam aplikasi, penumpang harus membatalkan perjalanan dan menghubungi pasukan sokongan

Butang keselamatan

Ikon perisai pada laman utama adalah untuk menghubungi sokongan dengan pantas, memanggil polis atau ambulans

Sokongan

Biarpun pemandu mahupun penumpang, untuk mengadu tentang pelanggaran peraturan atau konflik sila hubungi pasukan sokongan kami. Hubungi support@indrive.com atau melalui perbualan dalam-aplikasi

Kongsikan perjalanan anda

Penumpang dan pemandu kedua-duanya boleh kongsikan butiran perjalanan dengan orang tersayang. Mereka akan dapat melihat laluan, maklumat pemandu atau penumpang dan kenderaan, dan juga status perjalanan masa nyata

Hubungan yang dipercayai

Dalam aplikasi, setiap pengguna boleh menyimpan nombor telefon seseorang yang dipercayai sebagai hubungan kecemasan. Nombor tersebut boleh disimpan pada bila-bila masa, termasuklah semasa dalam perjalanan

Tarafkan pemandu atau penumpang anda

Ingat untuk menarafkan perjalanan, biarpun sebagai pemandu mahupun penumpang. Jika anda tidak mahu berjalan lagi dengan orang tersebut, berikan mereka satu bintang dan klik 'Jangan Tunjukkan Permohonan Saya'. Mereka tidak akan dapat melihat order/tawaran anda selepas itu

Sudut penumpang

Tanggungjawab penumpang bukan sekadar memasang tali pinggang keledar

Hormati semua orang

Sila hormati pemandu anda, kenderaan, ruang peribadi, dan privasi pemandu. Jangan lup untuk bertegur sapa dengan pemandu dan ucapkan terima kasih kepada pemandu yang membantu anda memunggah bagasi. Perkara mudah sebegini mampu mewujudkan pengalaman yang lebih manis untuk kedua-dua pihak

Satu Pengguna - Satu Akaun

Sila jangan berkongsi akaun inDrive dengan orang lain. Dengan menggunakan akaun tersendiri, anda hanya bertanggungjawab atas perilaku sendiri. Ia juga memudahkan pemandu mengecam muka anda

Diskriminasi

Kami memiliki dasar toleransi sifar mengenai diskriminasi dalam apa jua bentuk. Sila layan pemandu anda dengan sikap menghormati

Bahan Terlarang

Sila jangan mengambil atau membawa alkohol (dalam bekas terbuka) atau dadah terlarang ketika menggunakan perkhidmatan kami

Berjalan dengan Kanak-kanak

Kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun perlu sentiasa didampingi orang dewasa ketika menggunakan inDrive. Jika perlukan kerusi kanak-kanak, beritahu kami lebih awal sebelum berjalan

Berjalan dengan Haiwan Peliharaan

Beritahu pemandu awal-awal jika anda ingin membawa sekali haiwan peliharaan. Sila bawa peti pengangkutan atau alas kerusi untuk mengurangkan risiko kekotoran

1
Semak nombor plat lesen, model kereta, dan gambar pemandu sebelum memulakan perjalanan. Batalkan perjalanan jika terdapat ketidaksamaan
2
Nyatakan nombor rumah atau lokasi pick-up yang tepat, dan semak semula alamat destinasi akhir ketika membuat order
3
Jika ada lebih daripada 4 penumpang, bagasi besar atau haiwan peliharaan, sila tuliskan dalam ruangan komen
4
Ubah fikiran? Beritahu pemandu dan batalkan perjalanan
1
Jangan lupa memakai tali pinggang keledar
2
Sila maklumkan kepada pemandu jika anda ingin mengubah destinasi akhir atau membuat perhentian tambahan. Hal ini mungkin akan mengubah harga perjalana
3
Jaga kebersihan kenderaan: jangan merokok, makan atau minum minuman selain air kosong dalam kereta. Anda dipersilakan meminta pemandu menukarkan muzik, menyesuaikan suhu atau menutup tingkap. Sila pastikan permintaan tersebut dipersetujui kedua-dua pihak
4
Klik ikon perisai pada halaman utama untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan
5
Gunakan butang yang sama untuk kongsikan butiran perjalanan dengan orang tersayang
1
Jangan lupa untuk menarafkan perjalanan anda. Maklum balas anda membantu kami memahami pengalaman anda dan menambah baik perkhidmatan kami. Untuk mengelakkan konflik, elakkan daripada menegur pemandu dengan tegas semasa dalam perjalanan. Jika anda memberi pemandu satu bintang, mereka tak akan dapat melihat order anda lagi pada feed mereka
2
Tertinggal barangan dalam kereta? Sila hubungi pasukan sokongan kami melalui emel support@indrive.com atau melalui perbualan dalam-aplikasi

Sudut pemandu

Sikap profesional, kesejahteraan dan emosi anda semuanya memainkan peranan
Fatigue is a red flag
Pemandu memegang tanggungjawab menjaga keselamatan setiap perjalanan. Fokus pada jalan raya adalah mustahil tanpa rehat yang secukupnya - oleh itu, sila jangan memandu melebihi 10 jam berterusan. Berhenti untuk berehat bila-bila diperlukan. inDrive menyediakan situasi yang adil untuk pemandu; tidak perlu bekerja melampaui batasan
Satu Pengguna - Satu Akaun
Sila jangan berkongsi akaun inDrive dengan orang lain. Dengan menggunakan akaun tersendiri, anda hanya bertanggungjawab atas perilaku sendiri. Ia juga memudahkan penumpang mengecam muka anda
Diskriminasi Dilarang
Kami memiliki dasar toleransi sifar mengenai diskriminasi dalam apa jua bentuk. Sila layan penumpang anda dengan sikap menghormati
Bahan Terlarang
Sila jangan mengambil atau membawa alkohol (dalam bekas terbuka) atau dadah terlarang ketika menggunakan perkhidmatan kami
Berjalan dengan Kanak-kanak
Kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun perlu sentiasa didampingi orang dewasa ketika menggunakan inDrive. Jika terdapat permintaan kerusi kanak-kanak, sila sediakan sebelum perjalanan.
Berjalan dengan Haiwan Peliharaan
Beritahu penumpang awal-awal jika anda mempunyai alahan terhadap haiwan peliharaan. Untuk mengelakkan ketidakselesaan bagi semua pihak, jangan terima order yang melibatkan haiwan peliharaan

Kepenatan adalah tanda amaran

Pemandu memegang tanggungjawab menjaga keselamatan setiap perjalanan. Fokus pada jalan raya adalah mustahil tanpa rehat yang secukupnya - oleh itu, sila jangan memandu melebihi 10 jam berterusan. Berhenti untuk berehat bila-bila diperlukan. inDrive menyediakan situasi yang adil untuk pemandu; tidak perlu bekerja melampaui batasan

Satu Pengguna - Satu Akaun

Sila jangan berkongsi akaun inDrive dengan orang lain. Dengan menggunakan akaun tersendiri, anda hanya bertanggungjawab atas perilaku sendiri. Ia juga memudahkan penumpang mengecam muka anda

Diskriminasi Dilarang

Kami memiliki dasar toleransi sifar mengenai diskriminasi dalam apa jua bentuk. Sila layan penumpang anda dengan sikap menghormati

Bahan Terlarang

Sila jangan mengambil atau membawa alkohol (dalam bekas terbuka) atau dadah terlarang ketika menggunakan perkhidmatan kami

Berjalan dengan Kanak-kanak

Kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun perlu sentiasa didampingi orang dewasa ketika menggunakan inDrive. Jika terdapat permintaan kerusi kanak-kanak, sila sediakan sebelum perjalanan

Berjalan dengan Haiwan Peliharaan

Beritahu penumpang awal-awal jika anda mempunyai alahan terhadap haiwan peliharaan. Untuk mengelakkan ketidakselesaan bagi semua pihak, jangan terima order yang melibatkan haiwan peliharaan

Sudut pemandu

1
Kepenatan yang terlampau ketika memandu adalah amat berbahaya - tolong jangan mengambil order jika anda berasa letih atau kurang sihat
2
Sila semak destinasi akhir dan lokasi pick-up sebelum menerima order. Jika anda berasa tidak selamat untuk melawat tempat tersebut, lebih baik untuk menolak order tersebut
3
Semak gambar penumpang sebelum memulakan perjalanan. Batalkan perjalanan jika info tidak padan
4
Ubah fikiran? Beritahu penumpang dan batalkan perjalanan
1
Jangan lupa memakai tali pinggang keledar
2
Sila maklumkan kepada pemandu jika anda perlu mengisi minyak - lebih baik untuk memastikan minyak mencukupi lebih awal lagi
3
Jaga keselesaan penumpang: jangan merokok, makan atau minum minuman selain air kosong dalam kereta
4
Bersedia untuk menukarkan muzik, menyesuaikan suhu atau menutup tingkap jika diminta. Sila pastikan permintaan tersebut dipersetujui kedua-dua pihak
5
Klik ikon perisai pada halaman utama untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan. Gunakan butang yang sama untuk kongsikan butiran perjalanan dengan orang tersayang
1
Jangan lupa untuk menarafkan perjalanan anda. Maklum balas anda membantu kami memahami pengalaman anda dan menambah baik perkhidmatan kami
2
Untuk mengelakkan konflik, elakkan daripada menegur penumpang dengan tegas semasa dalam perjalanan. Jika anda memberi penumpang satu bintang, mereka tak akan dapat melihat tawaran anda lagi pada feed mereka
3
Terjumpa barangan tertinggal dalam kereta? Sila hubungi pasukan sokongan kami melalui emel support@indrive.com atau melalui perbualan dalam-aplikasi
Muat turun aplikasi

Langkah pertama untuk perjalanan lebih selamat

Muat turun aplikasi

Imbas kod QR dengan kamera telefon pintar anda

Dari pakatan ke tindakan

Inisiatif keselamatan inDrive di serata dunia
Memperjuangkan jalanan yang lebih selamat di Mesir
inDrive menyalai jalanan di Kaherah dan Iskandariah dengan papan tanda khas, untuk membantu rakyat berasa lebih selamat di kawasan perumahan mereka pada waktu malam. Terutamanya ketika menunggu kereta tiba
Keselamatan wanita di negara Mexico diperkasakan dengan pendidikan
3 daripada 4 wanita pernah mengalami suatu bentuk keganasan atau gangguan ketika menggunakan pengangkutan awam. inDrive telah melahirkan program pendidikan untuk para pemandu
Hentian rehat untuk pemandu di Pakistan
Pemandu inDrive berhak mengakses ruang yang selamat dan selesa untuk beristirahat dan berinteraksi, menyertai program pendidikan dan meminta bantuan atau sokongan