Dorongan dalaman untuk mewujudkan peluang

Kami melabur pada keadilan

Untuk menambah baik dunia, kami mula dengan menambah baik diri sendiri. Selain berniaga, kami menyumbang kepada pembangunan komuniti tempatan dan penjagaan alam sekitar

Kami mengatasi norma

Dengan cara memberi peluang dan pilihan kepada sesiapa sahaja untuk meningkatkan taraf hidup, tidak kira jantina, umur, kaum, budaya atau status sosial

Setiap hari, kami membantu jutaan individu membuat pilihan sendiri. Secara bebas. Berdikari. Saksama'

Pendirian kami adalah

Keterangkuman

Kami menumpukan perhatian kepada peningkatan sifat inklusif inDrive, jadi kami telah menghasilkan video dalam-aplikasi tentang melayan penumpang berkelainan upaya. Siri video tersebut merangkumi empat senario: penumpang yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, yang menggunakan topang atau tongkat, dan yang menggunakan kerusi roda

Supernovas

Satu daripada inisiatif kami yang paling menarik ialah Supernovas – projek bola sepak bukan untung untuk kanak-kanak dari pekan kecil di negara membangun. Ini ialah ruang selamat, tempat kami menghargai keterbukaan dan permainan, bukan sahaja jaringan dan keputusan. Selain mengukir senyuman di wajah kanak-kanak tersebut, Supernovas mencetuskan motivasi mereka untuk terlibat dan terus melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

Ketahui lebih lanjut

Sokongan komuniti tempatan

Dari setiap sudut, besar atau kecil. Kami menyokong komuniti-komuniti tempatan yang terjejas oleh kemelesetan ekonomi dan bencana alam

Pendirian kami adalah

Kemakmuran manusia

Sasaran kami adalah untuk menjadi organisasi yang beretika dan serba telus, demi menyanjungi keadilan dalam dan luar perniagaan. Tinggi gunung tinggi lagi harapan kami, inilah yang mendorong kami

Keterangkuman

Kami menumpukan perhatian kepada peningkatan sifat inklusif inDrive, jadi kami telah menghasilkan video dalam-aplikasi tentang melayan penumpang berkelainan upaya. Siri video tersebut merangkumi empat senario: penumpang yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, yang menggunakan topang atau tongkat, dan yang menggunakan kerusi roda

Supernovas

Satu daripada inisiatif kami yang paling menarik ialah Supernovas – projek bola sepak bukan untung untuk kanak-kanak dari pekan kecil di negara membangun. Ini ialah ruang selamat, tempat kami menghargai keterbukaan dan permainan, bukan sahaja jaringan dan keputusan. Selain mengukir senyuman di wajah kanak-kanak tersebut, Supernovas mencetuskan motivasi mereka untuk terlibat dan terus melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

Ketahui lebih lanjut

Sokongan komuniti tempatan

Dari setiap sudut, besar atau kecil. Kami menyokong komuniti-komuniti tempatan yang terjejas oleh kemelesetan ekonomi dan bencana alam

Pemeliharaan Bumi

Impak kami terhadap perubahan iklim mesti diimbangi oleh sumbangan kami kepada pemeliharaan alam. Oleh sebab itu, kami menuruti prinsip kemapanan alam dalam setiap langkah yang diambil

Terajui bandar hijau

Projek ini bertujuan menambah baik kepelbagaian ekologi di kawasan operasi inDrive. Ia merangkumi ceramah tentang topik-topik alam sekitar, menanam pokok, dan membersihkan kawasan yang bersampah untuk dikitar semula - usaha-usaha kecil yang mendatangkan impak besar

Pejabat Hijau

Setiap pejabat meninggalkan jejak pada alam sekitar, dan kami berusaha untuk memastikan jejak kami sekecil mungkin. inDrive mempunyai program korpoat yang mengoptimumkan penggunaan sumber alam (seperti air, bahan api atau oksigen) dan mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar hasil daripada operasi syarikat kami

Pembangunan komuniti

Sebagai syarikat yang mengutamakan pengguna, kami sentiasa berusaha untuk memenuhi potensi setiap individu. Kami meningkatkan kebolehcapaian peluang perndidikan dan peningkatan sosial untuk setiap lapisan rakyat, terutamanya wanita dan remaja daripada golongan kurang berkemampuan dalam bidang IT

BeginIT

Projek sosiopembelajaran inDrive yang dilancarkan pada tahun 2012. Projek ini membekalkan bimbingan kerjaya dan mengenal pasti kanak-kanak berbakat dari rumah anak yatim, sekolah berasrama dan sekolah luar bandar yang berminta dengan teknologi terkini. Lebih daripada 120 institut pembelajaran di 13 negara telah terlibat. Tujuannya adalah untuk memutik minat kanak-kanak terhadap kerjaya berasaskan intelek dan mendorong perkembangan kendiri. BeginIT adalah permulaan yang merangsangkan untuk membuat pilihan kerjaya masa depan Ketahui lebih lanjut

Anugerah Aurora Tech

Anugerah tahunan untuk pengasas syarikat permulaan daripada kaum wanita yang menjalankan projek yang telah memberi impak kepada pembangunan dunia secara ketara dan bermakna. Teknologi maklumat meningkatkan taraf hidup jutaan orang. Oleh itu, kami ingin menghulurkan sokongan kepada pengasas-pengasas baharu dalam bidang ini. Sasaran utama kami adalah untuk menyokong wanita dalam bidang teknologi, terutamanya pengasas perniagaan. Semoga urusan dipermudahkan Ketahui lebih lanjut

Projek mentor

Kem bimbingan kerjaya untuk remaja anjuran Project Lab, yang melibatkan latihan berkumpulan di bawah pantauan mentor suka rela. Berbunyi hebat, dan ini sebabnya: anak-anak dapat belajar tentang kerjaya-kerjaya berbeza dalam bidang IT, mengasah kemahiran asas teknikal mahupun insani, dan membina projek laman sesawang tentang kehidupan mereka. Bidang pembelajaran merangkumi: pembangunan laman sesawang, kewartawanan dan Hubungan Awam, perfileman foto dan video. Projek ini sedang dirintiskan di Kazakhstan bersama SOS-Children's Villages dan pertubuhan iQanat Educational Foundation

Kerjaya saya

Projek sosiopembelajaran untuk bimbingan kerjaya dalam kalangan belia Kazakhstan. Dengan kerjasama rapat bersama Pertubuhan 'Focus Media' dan 'SOS-Children's Villages' kami membangunkan kemahiran pekerjaan dalam kalangan pemuda pemudi dari kawasan berbeza-beza di negara Kazakhstan. Sekurang-kurangnya 40% pelajar kami adalah daripada golongan OKU atau kurang berkemampuan, dari keluarga besar atau kawasan luar bandar yang menjadikan projek ini amat penting dan mustahak.

Kualiti hidup

Cara kami adalah untuk berfikir pada tahap global tetapi menyokong pada tahap tempatan. Dalam perkataan lain, kami memainkan peranan aktif dalam membangunkan infrastruktur dan perbandaran dalam kawasan operasi kami

Fikir sebelum pandu

Kempen hebahan awam yang mengetengahkan masalah pemandu mabuk. Program in berfokuskan mendidik pemandu tentang peri pentingnya pemanduan selamat. Pelancaran rintis diadakan di Namibia dan kepentingannya harus dipandang serius

Ketahui lebih lanjut

Kuki membantu laman web kami berfungsi dengan betul. Kuki juga membantu kami menambah baik pengalaman dalam talian anda dan memperibadikan kandungan pemasaran. Ketahui lebih lanjut dalam Dasar Privasi kami