inDrive — Inner Drive

Kebebasan pilihan dengan inDrive

Wawasan inDrive

Orang dan masyarakat di seluruh dunia harus mempunyai peluang yang sama untuk pembangunan dan kemakmuran

Misi inDrive

Ketidakadilan mencabar

Nilai inDrive:

Objektif

Bertanggungjawab menjadi 100% komited terhadap wawasan dan misi kami. Kami memperoleh wang dengan mempromosikan prinsip perdagangan yang adil. Kami menjalankan program bukan berteraskan keuntungan dengan mampan. Kedua-dua ini ialah perniagaan teras yang bermakna dan penuh azam untuk kami. Kami bertindak dengan cukup beretika dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

Prestasi

Bertanggungjawab menjadi profesional, berkesan dan mengambil inisiatif. Mencapai semakin banyak dengan kos yang optimum. Bertanggungjawab beroperasi secara optimum dan lincah. Mengambil sikap bertanggungjawab dan tepat. Menggunakan akal yang bernas. Membuat penambahbaikan dan inovasi secara berterusan.

Masyarakat

Bertanggungjawab dalam mengutamakan pengguna, menambah baik kesetiaan, keselamatan dan hubungan emosi dengan jenama kami. Membangunkan pasukan tanpa henti dan mengambil pekerja yang terbaik. Menginspirasikan pertumbuhan peribadi. Mengekalkan keterangkuman, meritokrasi, saling menyokong dan hormat-menghormati dalam pasukan, bersama dengan kejujuran dan maklum balas langsung. Menyumbang kepada kebahagian pengguna dan pasukan.

Ketahui lebih lanjut tentang nilai

Tentang kami

inDrive bermula sebagai perjuangan keadilan. Pada malam ambang Tahun Baru 2012 di bandar Yakutsk, Siberia, ketika suhu mencecah -45°C, syarikat teksi tempatan bersepakat bertindak menggandakan kadar mereka, menyebabkan ramai penduduk tempatan terperangkap dalam musim sejuk. Pakatan dan kenaikan harga yang tidak adil ini menimbulkan kemarahan penduduk Yakutsk, menyebabkan mereka bergabung di media sosial untuk membuat permintaan dan tawaran perjalanan yang adil sesama sendiri. Gerakan akar umbi secara dalam talian inilah merupakan titik permulaan aplikasi inDrive.

Lihat semua

655

bandar

2

B perjalanan

48

negara

175

J pemasangan aplikasi

inDrive memberikan kebebasan memilih kepada pengguna di seluruh dunia

inDrive beroperasi di kawasan perbandaran pesat dengan tahap persaingan tertinggi. Ia juga beroperasi di kampung-kampung kecil dengan populasi hanya tujuh hingga lapan ribu penduduk, yang selalunya mempunyai sambungan internet yang sangat lemah dan tiada peta. Kami berupaya menyesuaikan diri dengan keperluan penduduk di mana-mana kampung, pekan atau bandar. Populariti aplikasi kami berkembang disebabkan model istimewa kami dengan dasar individu-ke-individu dan pendekatan mengutamakan kemanusiaan

Terma telus

Ketelusan sepenuhnya mewujudkan semula perasaan yakin dan terkawal. Tiada algoritma atau manipulasi harga. Pemandu dapat melihat laluan tepat sebelum menerima, dan juga boleh memilih order yang diterima, dan penumpang bebas memilih pemandu

Harga sentiasa lebih rendah

Kos perkhidmatan inDrive sentiasa adil. Hal ini disebabkan model individu-ke-individu kami yang membenarkan pengguna mempersetujui harga yang memuaskan kedua-dua pihak

Pembayaran langsung

Penumpang membayar pemandu secara terus. Hal ini dapat mengurangkan kos dan mengekalkan tambang rendah. Bayaran untuk pembekal perkhidmatan juga paling rendah berbanding yang lain dalam pasaran