Nilai kami

city image

inDrive bermula sebagai perjuangan keadilan. Pada malam ambang Tahun Baru 2012 di bandar Yakutsk, Siberia, ketika suhu mencecah -45°C, syarikat teksi tempatan bersepakat bertindak menggandakan kadar mereka, menyebabkan ramai penduduk tempatan terperangkap dalam musim sejuk. Pakatan dan kenaikan harga yang tidak adil ini menimbulkan kemarahan penduduk Yakutsk, menyebabkan mereka bergabung di media sosial untuk membuat permintaan dan tawaran perjalanan yang adil sesama sendiri. Gerakan akar umbi secara dalam talian inilah merupakan titik permulaan aplikasi inDrive. Ketelusan, keadilan dan penggunaan teknologi secara inovatif bagi menentang ketidakadilan adalah nilai asas yang memacu inDrive sehingga ke hari ini. inDrive mencipta penyelesaian mobiliti yang memberikan pilihan, sambil mengekalkan elemen kemanusiaan. Platform kami membolehkan pemandu dan penumpang bersetuju sesama sendiri pada harga, laluan dan maklumat lain untuk setiap perjalanan. Model peer-to-peer kami memberikan lebih ketelusan dan lebih banyak pilihan, sambil menentang pelbagai ketidakadilan yang menyifatkan penyedia mobiliti, termasuk algoritma tidak bersifat peribadi, syarat tidak adil untuk pemandu dan manipulasi harga. Ditubuhkan pada 2013, inDrive hari ini tersedia di lebih 749 bandar di 46 negara di lima benua. Pada 2022, Ia menjadi aplikasi kedua tertinggi di dunia yang di muat turun berdasarkan data Google Play dan App Store. inDrive diperbadankan di Amerika Syarikat pada 2018 dan berpangkalan di Mountain View, California. Kumpulan ini mempunyai lebih 3,000 kakitangan di seluruh dunia. Pada awal 2021, inDrive mencapai status unicorn selepas mengakhiri pusingan pelaburan sebanyak $150 juta dengan Insight Partners, General Catalyst, dan Bond Capital, menjadikan syarikat ini bernilai $1.23 bilion. Pada 2023, inDrive meraih $150 juta dari General Catalyst melalui instrumen hybrid yang inovatif bagi meningkat pertumbuhan, memperluaskan tawaran perkhidmatan dan melabur dalam vertikal baru. inDrive kekal komited bagi menentang ketidakadilan dalam komuniti di seluruh dunia. Selain penyelesaian mobililiti, kami menawarkan platform untuk pengangkutan antara bandar, perkhidmatan penghantaran dan angkutan, serta perkhidmatan pencarian kerja dan tugas atas permintaan di pelbagai pasaran. Seiring usaha mengekalkan persaingan adil dalam perniagaan, inDrive mengendalikan 8 program bukan untung berskala global. Kami menyokong akses kepada pendidikan, sukan dan seni dalam komuniti tempatan. Ini kerana inDrive bermula sebagai penyelesaian berteraskan masyarakat, dan kami percaya pelaburan dalam pembangunan komuniti mewujudkan peluang tidak terbatas untuk impak positif yang global. inDrive adalah syarikat yang digerakkan oleh manusia, untuk manusia, kerana tiada teknologi di dunia yang boleh menggantikan empati kemanusiaan. Sejak Julai 2022, inDrive tidak lagi mempunyai operasi rasmi di Rusia. Syarikat ini telah melucutkan entiti Rusia dan tidak merancang untuk melanjutkan pelaburan ke dalam pasaran negara tersebut. Perniagaan Rusia yang dilucutkan dan beroperasi di bawah jenama inDrive diuruskan dan dibiayai secara bebas. Pemisahan jenama masih berterusan dan kami menjangka proses in akan selesai mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kumpulan inDrive telah memindahkan semua kakitangan dari Rusia ke beberapa lokasi di seluruh dunia.

Kembali