inDrive bermula sebagai tindak balas terhadap ketidakadilan

Tonton cerita kami
tatal untuk memulakan perjalanan
-45°C
harga ×3
story image
Kisah kami

Masanya adalah Malam Tahun Baru 2012 di bandar utara Yakutsk

Suhu turun kepada -45°C (-49°F). Syarikat-syarikat teksi tempatan berpakat untuk menaikkan harga mereka secara mendadak, menyebabkan ramai penduduk tempatan terkandas di musim sejuk. Kenaikan harga yang tidak adil ini menyebabkan penduduk Yakutsk naik marah, jadi mereka berkumpul di media sosial untuk mencari dan menawarkan tunggangan, dan yang paling penting, untuk bersetuju dengan harga berpatutan. Apa yang bermula sebagai tindakan kolektif akar umbi dalam talian akhirnya menjadi aplikasi inDrive.

Nilai kami

Nilai yang menerangi jalan kami

Satu Pasukan

Ketahui lebih lanjutclose icon
Satu Pasukan

Satu Pasukan

Kita bertindak sebagai satu pasukan — saling menyokong, bertutur terus terang, memberi dan menerima maklum balas yang jujur dan hormat, serta mencapai keputusan terbaik bersama. Tiada sempadan atau agenda tersembunyi. Kejayaan kita adalah milik semua.

Tutupclose icon

Mengutamakan Pelanggan

Ketahui lebih lanjutclose icon
Mengutamakan Pelanggan

Mengutamakan Pelanggan

Setiap langkah kita bermula dari pelanggan. Kita bina kepercayaan pelanggan melalui keadilan dan harga yang telus, walaupun jalan ini tidak selalu mudah. Sebab kepercayaan bukan sekadar nilai perniagaan, ia adalah kelebihan terbesar kita.

Visi Besar, Tindakan Cerdas

Ketahui lebih lanjutclose icon
Visi Besar, Tindakan Cerdas

Visi Besar, Tindakan Cerdas

Impak besar bermula dari visi yang berani dan cara kerja yang cekap. Kita kongsi hala tuju yang mengilhamkan dan kembangkan model perniagaan yang mampu memberikan kesan yang besar, tanpa membazirkan sumber di tangan kita.

Bertanggungjawab

Ketahui lebih lanjutclose icon
Bertanggungjawab

Bertanggungjawab

Syarikat ini milik kita semua. Kita fokus pada nilai jangka panjang, melangkah melebihi skop kita, membawa idea baharu, dan sentiasa angkat tangan apabila ada masalah yang perlu diselesaikan. "Bukan kerja saya" tiada dalam kamus kita kerana pada akhirnya, hasil yang kita capai adalah tanggungjawab kita bersama.

Memacu Keputusan

Ketahui lebih lanjutclose icon
Memacu Keputusan

Memacu Keputusan

Hasil adalah bahasa kita. Dari idea kepada tindakan, dari tindakan kepada keputusan — pantas, bijak, tanpa berlengah. Kita tidak menunggu arahan untuk bertindak. Kita berpandu data, bukan andaian. Dan dari setiap kejayaan mahupun kegagalan, kita bangkit dengan lebih kuat.

Terus Berkembang

Ketahui lebih lanjutclose icon
Terus Berkembang

Terus Berkembang

Di inDrive, kita percaya bahawa manusia yang berkembang membina syarikat yang berkembang. Sebagai developis, kita sentiasa ingin tahu, sentiasa mencuba, dan sentiasa bersedia untuk berubah — secara profesional mahupun peribadi. Kita tidak simpan apa yang kita pelajari. Kita kongsikan, kerana apabila orang di sekeliling kita maju, kita semua maju bersama.

heart image

Rakan-ke-rakan untuk ketelusan dan pilihan

Platform kami tekad untuk menyampaikan perkhidmatan penting yang memenuhi keperluan asas kehidupan dan memperkasakan individu dengan nilai teras, semuanya berasaskan prinsip amalan perniagaan yang adil.

verticals image
  • 48negara
  • 1200+bandar
  • 400+jutaan orang dah install apl ini

Ditubuhkan pada tahun 2013 dan diperbadankan di A.S. pada tahun 2018, inDrive kini tersedia di lebih 1200 bandar merentasi 48 negara. Pada tahun 2022, inDrive menarik diri dari Rusia setelah melepaskan kesemua operasinya di sana. Pada 2022 dan 2023, inDrive merupakan aplikasi e-hailing kedua paling banyak dimuat turun di seluruh dunia berdasarkan data Google Play dan App Store.

Pencapaian

Terus mara ke hadapan

  • $1.23BNilai syarikat

    Syarikat itu menjadi unicorn selepas menutup pusingan pelaburan $150m

    2021
  • 3700+Pekerja di seluruh dunia
  • $150J

    inDrive mengumpul dana $150 juta lagi daripada General Catalyst dengan instrumen hibrid yang inovatif

    2023
  • $150J

    Syarikat kami menutup pusingan pelaburan dengan Insight Partners, General Catalyst dan Bond Capital

    2021
  • Lanjutan pertumbuhan

    Memperluaskan pembiayaan ini pada 2024, membantu kami meningkatkan pertumbuhan, mengembangkan tawaran kami dan melabur dalam kategori vertikal baharu

    2024
circle imagephone image
circle image

inDrive komited untuk menentangi ketidakadilan dalam komuniti di seluruh dunia

Sebagai tambahan kepada penyelesaian mobiliti, kami menawarkan perkhidmatan antarabandar sepertipengangkutan, penghantaran, kargo dan servis pinjaman, serta perkhidmatan tugas atas permintaan dalam pasaran operasi yang berbeza.

Impak Kami

Di samping dengan mengekalkan amalan adil dalam perniagaan, inDrive menjalankan 7 program bukan untung di seluruh dunia

Kami berdedikasi untuk menyokong akses kepada pendidikan, sukan dan seni dalam komuniti tempatan di mana kami beroperasi. Lagipun, inDrive diasaskan sebagai penyelesaian yang didorong oleh orang ramai, dan kami percaya bahawa melabur dalam kesejahteraan orang ramai dan komuniti mencipta lebih banyak peluang dan dunia yang lebih baik untuk semua. inDrive ialah syarikat yang dikendalikan oleh pengguna untuk pengguna. Kami mengakui bahawa teknologi membolehkan kami melakukan perkara yang hebat, tetapi juga menyedari bahawa ia tidak boleh menggantikan empati manusia.

Baca lagi

Hadiah untuk pengasas wanita syarikat rintisan IT yang mempunyai impak pembangunan yang paling ketara.

Program yang memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin transformasi yang akan membina dunia yang lebih mampan, inklusif dan adil

Menyediakan pendidikan sarjana muda berasaskan isu semasa percuma kepada pelajar dari semua latar belakang sosioekonomik, inVision U mendidik pengasas, pemimpin sosial dan usahawan masa depan Asia Tengah

Hadiah antarabangsa untuk pengasas syarikat rintisan teknologi terbaik di luar hab-hab besar atau komuniti syarikat rintisan

Projek antarabangsa yang terdiri daripada anugerah filem dan bengkel latihan yang bertujuan untuk menyokong pembuat filem dari industri filem yang sedang membangun

Inisiatif bukan untung yang menyediakan kelas latihan bola sepak percuma untuk kanak-kanak di perbandaran kecil dan kawasan terpencil

Memperkasakan industri larian untuk mengadakan acara larian yang lebih mudah diakses dan inklusif

Arsen Tomsky

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas

Arsen mengetuai pasukan global inDrive yang terdiri daripada hampir 3,000 pekerja dalam memacu misi syarikat. Melalui peluang pendapatan yang adil, beliau berdedikasi untuk memperkasakan komuniti dan meningkatkan mobiliti sosial di kawasan terpinggir di seluruh dunia. Di luar peranan kepimpinannya, Arsen merupakan seorang pelari aktif dan telah berjaya melengkapkan Chicago Marathon dan Tokyo Marathon.

Abhey Lamba

Ketua Pegawai Kewangan

Abhey mengetuai organisasi kewangan dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang teknologi dan kewangan. Sebelum ini, beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan di RingCentral, di mana beliau membimbing syarikat tersebut melalui perubahan besar yang didorong oleh AI dalam pasaran terasnya. Pengalaman kepimpinan beliau juga merangkumi jawatan eksekutif di Amazon Web Services, Cisco dan Autodesk. Pada awal kerjayanya, beliau berkhidmat selama 15 tahun sebagai penganalisis ekuiti di Wall Street.

Evgenia Matrosova

Ketua Pegawai e-Hailing

Sebagai pemimpin yang terlibat secara langsung dalam operasi, Evgenia menguruskan perniagaan e-hailing teras inDrive serta pemasaran global syarikat secara menyeluruh. Beliau menyertai syarikat pada tahun 2022 dan membawa pengalaman selama 14 tahun berkhidmat di P&G, di mana beliau mengetuai pembangunan strategi dan pertumbuhan pelbagai jenama pengguna harian. Sebelum ini, Evgenia berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran di Yandex.Eats.

Andries Smit

Ketua Pegawai Pertumbuhan

Andries mengetuai pengembangan strategik inDrive melangkaui perkhidmatan e-hailing. Portfolio beliau merangkumi inisiatif utama seperti inDrive Money, Bandar ke Bandar, Penghantaran, Pengiklanan dan aplikasi Super, berserta penyeliaan New Ventures, cabang pembangunan korporat inDrive yang berfokus kepada mengenal pasti dan menyokong syarikat pemula berpotensi tinggi di pasaran membangun. Beliau juga merupakan bekas pengasas syarikat teknologi dan pernah memimpin projek-projek berskala besar berkaitan pertumbuhan, transformasi serta pemerolehan di syarikat terkemuka seperti Morgan Stanley dan Aviva.

Tatiana Terentieva

Ketua Penasihat Undang-undang

Tatiana menyertai inDrive pada tahun 2015 dan mengetuai fungsi Perundangan, Dasar Awam dan Pematuhan syarikat, memastikan tadbir urus undang-undang yang kukuh serta penjajaran strategik dengan keperluan kawal selia. Beliau merupakan penyokong setia Aurora Tech Award, anugerah yang mengiktiraf dan memperjuangkan pengasas wanita inovatif dalam bidang teknologi, serta telah berkhidmat sebagai ahli juri pada beberapa kesempatan.

Sidd Mantri

Ketua Pegawai Produk

Sidd mengetuai strategi Produk global inDrive dalam usaha memperjuangkan pilihan yang adil untuk satu bilion orang, dengan mencipta nilai pelanggan yang kukuh demi menghasilkan impak perniagaan yang ketara. Dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun di Microsoft, Grab, Disney+ dan Careem, Sidd telah membangunkan produk yang digemari ratusan juta pengguna di seluruh dunia. Pada tahun 2024, beliau diiktiraf sebagai salah seorang Ketua Pegawai Produk terbaik di peringkat global.

Yuri Misnik

Ketua Pegawai Teknologi

Yuri mengetuai strategi teknologi, data dan AI global inDrive, dengan membawa lebih dua dekad pengalaman antarabangsa dalam membina program berimpak tinggi merentasi bidang cloud dan transformasi digital. Sebelum menyertai inDrive, beliau memegang jawatan kepimpinan kanan teknologi di Microsoft dan AWS, serta di HSBC, National Australia Bank dan First Abu Dhabi Bank. Yuri memulakan kerjayanya dalam akademik dan turut menyumbang kepada beberapa projek penyelidikan antarabangsa.

Terkini di inDrive

Bahan

Aset jenama