Pemenang anugerah pengasas startup teknologi terbaik di luar hab utama telah diumumkan

Pemenang anugerah bagi pengasas wanita startup IT telah diumumkan

A group of women sitting together

Perekrutan jurulatih bagi Projek Supernovas telah bermula

Kini menerima penyertaan untuk Makmal Pendidikan Projek Filem Alternativa

Anugerah filem antarabangsa dan bengkel kemahiran kini terbuka menerima permohonan

Baca lagi

Bengkel pelajar mencari peserta untuk musim baharu

Baca lagi

Kami merintis perubahan  dalam pelbagai komuniti  dengan memperkasakan rakyat

Misi kami adalah untuk menentangi ketidakadilan untuk mewujudkan  dunia yang saksama bagi 1 bilion+ orang menjelang 2030

  • 13
    Projek
  • 21
    Buah negara
  • 8
    Anugerah Antarabangsa untuk Pemohon di Serata Dunia
3
projek di Amerika Selatan
2
projek di Afrika
6
projek di Persatuan Negara-Negara Merdeka
2
projek di Asia

Untuk maksimakan impak kami, kami cipta pusat bernama inVision

inVision membangkang pengagihan sumber yang tidak adil dalam pendidikan, industri kreatif, syarikat permulaan dan sukan, dengan cara menyokong golongan yang kurang dibantu dalam bidang-bidang tersebut

Pendidikan

Pendidikan tidak patut menjadi suatu yang eksklusif hanya untuk golongan berkemampuan. Ia seharusnya tersedia untuk semua lapisan masyarakat. Usaha kami adalah untuk membekalkan pendidikan yang mudah tercapai di negara dan komuniti membangun

Program yang mendorong anak muda menjadi pemimpin perubahan yang akan membina masa depan yang lebih lestari, inklusif dan saksama

Baca lagi

Menawarkan pendidikan ijazah sarjana muda percuma kepada pelajar dari semua latar belakang.

Baca lagi

Membantu pelajar di negara membangun memasuki universiti-universiti terunggul di dunia

Baca lagi

Bengkel pelajar yang menggunakan rangka pembelajaran berasaskan soalan cabaran untuk menyelesaikan pelbagai isu sosial yang penting

Baca lagi

Syarikat permulaan

Dunia syarikat permulaan dulu bermula sebagai peluang untuk semua, tetapi kini telah menjadi terlalu elit dan cetek, dan oleh itu tidak mudah diceburi darah muda. Tidaklah adil jika lokasi atau jantina seseorang menjadi halangan untuk mengasaskan syarikat permulaan bidang teknologi. Kami nekad mengubah situasi ini

Anugerah untuk pengasas wanita dari syarikat permulaan bidang IT yang telah memberi impak yang berkesan kepada pembangunan dunia

Baca lagi

Anugerah untuk pengasas syarikat permulaan teknologi terbaik dari luar kawasan pusat teknologi atau komuniti perniagaan terkenal

Baca lagi

Industri kreatif

Bidang seni dan perfileman sedunia dipengaruhi oleh pasaran yang paling berkuasa dan tidak mencerminkan kepelbagaian, kesaksamaan dan potensi ahli seni dari negara-negara membangun. Terdapat kekurangan pendidikan yang relevan dan kurang pendedahan untuk ahli seni bebas sedunia. Program-program kami bertujuan untuk mengurangkan ketidakadilan dalam industri kreatif

Badan kebudayaan antarabangsa yang menyokong artis dari negara membangun, dan menangani perubahan sosial dan politik era ini

Baca lagi

Projek antarabangsa yang merangkumi anugerah perfileman dan bengkel kemahiran bagi menyokong pembuat filem dari industri perfileman negara membangun

Baca lagi

Sukan

Sukan adalah amat penting namun kurang tersedia bagi kanak-kanak di kawasan terpinggir dan juga orang dewasa kurang upaya. Untuk menentangi ketidakadilan ini, kami memulakan program antarabangsa yang bertujuan mejadikan sukan lebih inklusif dan mudah tercapai untuk mereka yang paling memerlukannya

Inisiatif bukan-untung yang memberi latihan bola sepak percuma kepada kanak-kanak di bandar-bandar kecil dan kawasan terpinggir

Baca lagi

Memperkasakan industri larian untuk menganjurkan acara larian yang lebih mudah tercapai dan inklusif

Kami sepasukan akan terus menentangi ketidakadilan dan memperkasakan lebih banyak komuniti sering dengan perkembangan inDrive.  Rancangan kami banyak lagi

Arsen Tomsky avatar

Arsen Tomsky, CEO inDrive

Perjalanan Inklusif

Perjalanan Inklusif

Kami sentiasa berusaha untuk menjadikan inDrive lebih muda tercapai, jadi kami telah menyediakan video latihan dalam-aplikasi untuk melatih pemandu tentang cara melayan penumpang kurang upaya

Supernovas

Supernovas

Salah satu inisiatif kami yang paling hebat ialah Supernovas - projek bola sepak bukan-untung untuk kanak-kanak dari bandar-bandar kecil di negara-negara membangun. Supernovas adalah kawasan selamat di mana sifat keterbukaan dan kesukanan dihargai, bukan setakat bilangan gol dan keputusan akhir

Sokongan komuniti tempatan

Sokongan komuniti tempatan

Walau pada skala besar atau kecil, kami menyokong komuniti tempatan dan golongan yang dikesan secara negatif oleh kemelesetan ekonomi dan juga bencana alam